Borang Keahlian Alumni SM Imtiaz


Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM) bakal digabungkan dengan tiga lagi alumni Sekolah Menengah Imtiaz (SM Imtiaz Kuala Terengganu a.k.a. KOSPINT, SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Besut). Ini merupakan sebuah projek Integrity Icon Sdn. Bhd. (IISB) sendiri yang merupakan anak syarikat Yayasan Terengganu yang bertanggungjawab menguruskan keempat-empat buah Sekolah Menengah Imtiaz.

Untuk makluman semua, HIM merupakan alumni yang telah berjaya ditubuhkan dan bergerak aktif bagi Sekolah Menengah Imtiaz. HIM telah diberi mandat untuk bergerak aktif di keempat-empat buah SM Imtiaz dan tidak terhad kepada SM Imtiaz Kuala Berang sahaja. Sebelum ini, KOSPINT juga telah mempunyai alumni, namun belum ada perhubungan dengan pihak sekolah setelah KOSPINT ditukar nama kepada Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu. Satu lagi alumni telah wujud di SM Imtiaz Besut manakala bagi SM Imtiaz Dungun alumi masih belum ditubuhkan.

Oleh itu, bagi tujuan penggabungan di atas satu organisasi yang lebih tersusun, satu alumni induk yang mewakili keempat-empat sekolah akan ditubuhkan. Namun ini tidaklah bermaksud HIM akan dibubarkan dalam masa terdekat ini. Organisasi HIM akan dikekalkan sebagai sebuah cawangan alumni.

Alumni induk ini akan didaftarkan mengikut prosedur undang-undang sebagai sebuah persatuan yang sah. Sehubungan dengan itu, pihak IISB dan HIM akan berusaha menghimpunkan kesemua bekas-bekas pelajar SM Imtiaz untuk mengadakan satu mesyuarat agong dan majlis penubuhan persatuan alumni induk secara rasmi.

Justeru, sebagai langkah terawal, semua bekas-bekas pelajar SM Imtiaz diminta mengisi Borang Keahlian Alumni Sekolah Menengah Imtiaz sebagaimana yang tertera di dalam gambar di atas. Bagi memudahkan pengurusan, borang ini boleh dicetak bersaiz A4.

Kepada semua ahli HIM, anda diminta mencetak dan mengisi borang tersebut dengan lengkap dan dihantar selewat-lewatnya penghujung bulan September kepada:

Ahmad Shahabuddin bin Mamat
Setiausaha Agong HIM,
No. 85, Kg. Jak,
21800 Ajil, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Tel: 012-9582197
Emel: shazuzu_psmza@yahoo.com

Atau,

Tengku Nur Zulaikha binti Tengku Malim Busu
Timbalan Setiausaha Agong,
344-A Jalan Alur Tembesu,
23000 Dungun, Terengganu.
No. Tel: 019-9440546 (H/P) 09-8444353 (R)
Emel: ika_miaexora@yahoo.com

Borang-borang yang telah dihantar akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak sekolah dalam cuti pertengahan semester ini (awal bulan Oktober).


Yang benar,

MOHD IZZU’DDIN BIN ISMAIL
Presiden,
Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM).

*Ini adalah surat cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.

Leave a Reply

Keluarga HIM