Mesyuarat AJK HIM

22 Januari 2012- Kuala Terengganu. Satu mesyuarat ringkas telah diadakan oleh Himpunan Intelektual Imtiaz K. Berang (HIM). Mesyuarat yang diadakan di cafetaria Perpustakaan Awam Negeri Terengganu itu telah dihadiri oleh 8 orang AJK HIM iaitu saudara Huzaifi, saudara Fadhli Ikram, saudara Imran, saudari Zu'ani, saudari Shahida, saudari Suwaibah, Saudari Najihan dan saudari Radhiah.



Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh saudari Zu'aini yang merupakan timbalan presiden Alumni. Antara agenda mesyuarat ialah laporan setiap biro, perancangan untuk mesyuarat bersama Majlis Alumni Ulul-Albab Imtiaz Terengganu (MAIT), perancangan Kem Menuju Puncak (KMP) 5 serta beberapa hal lain.

Mereka turut membincangkan beberapa modul yang akan diguna pakai bagi program-program yang akan datang. Antara tema modul yang disepakati ialah ukhuwwah, kepimpinan, pengurusan masa dan personaliti. Pihak HIM amat mengalu-alukan sebarang sumbangan idea dan contoh modul dari ahli-ahli HIM. Sebarang idea, boleh disalurkan melalui alamat email : him.quber@gmail.com


Sekian, Wassalam



Media HIM.

Leave a Reply

Keluarga HIM