Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts


Pihak Alumni mengucapkan jutaan tahniah kepada semua lepasan pelajar Imtiaz K. Berang yang menjayakan Kem Menuju Puncak baru-baru ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. InshaAllah..

Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat di sini. & juga klik sini untuk Video KMP 4


KUALA BERANG - Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang untuk melaksanakan pelbagai program kecemerlangan khususnya pada peringkat sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sumbangan Kerajaan Negeri itu sebagai salah satu tanda penghargaan kepada sekolah tersebut atas kejayaan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

“Sebagaimana sedia maklum, sekolah ini muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah tertinggi dengan nilai 1.03 dan ia sememangnya satu pencapaian membanggakan selain dapat mengharumkan nama daerah Hulu Terengganu serta Terengganu.

“Melalui peruntukan ini, diharapkan ia dapat memberi suntikan semangat kepada pihak sekolah dan pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya perlu diingat, mengekalkan kecemerlangan bukan suatu perkara mudah, tetapi ia bukan perkara mustahil untuk dicapai dan kerjasama serta sokongan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikannya menjadi kenyataan.

“Selain itu, pihak sekolah juga diharapkan dapat ‘membawa’ masuk komuniti untuk turut sama membantu mencapai kecemerlangan sebegini selain mesti ada ramuan atau formula tersendiri bagi menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Kesyukuran PMR 2010 dan Pelancaran Projek Genggam Gemilang 2011 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai YT, Aziz Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid; ADUN Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafrudin Ali Hussin.


*alhamdulillah :)


KUALA TERENGGANU 23 Dis. (Utusan Malaysia) – Terengganu sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah apabila 1,746 calon atau 7.81 peratus memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.69 peratus selain pencapaian minimum D juga meningkat sebanyak 3.85 peratus daripada 63.38 peratus pada 2009 kepada 67.24 peratus pada tahun ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, keputusan PMR tahun ini mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila Nilai Gred Purata Negeri (GPN) turut meningkat kepada 2.58 berbanding 2.60 tahun lalu dan ia mengatasi GPN Nasional iaitu 2.74.

Katanya, sebanyak 25 buah sekolah (19.4 peratus) daripada 129 buah mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.

“Pada tahun ini sebanyak 14 daripada 129 buah sekolah (10.9 peratus) memperoleh keputusan 100 peratus berbanding tahun lalu iaitu 12 buah sekolah sahaja.

“Pada tahun ini Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik seluruh negeri dengan mencatatkan nilai GPS 1.03,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2010 di sini, hari ini.

Sekolah lain di daerah ini yang mencatat keputusan 100 peratus calon lulus ialah SM Sains Sultan Mahmud; SM Imtiaz Kuala Terengganu; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Batu Rakit; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin manakala dari daerah Kemaman pula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.

SM Imtiaz Kuala Berang berjaya mencatatkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam keputusan SPM 2009 yang lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan peningkatan gred purata sekolah (GPS) sekolah dari 3.65 ke 2.80. Calon terbaik SPM 2009 bagi SM Imtiaz Kuala Berang ialah saudari Amirah Suhaimi dan Atikah Azmi dengan mendapat 11A. Berikut merupakan analisa SPM 2009.

11A - 2 ORANG

10A - 1 ORANG

9A - 3 ORANG

8A - 6 ORANG

7A - 3 ORANG

6A - 5 ORANG

5A - 5 ORANG

4A - 8 ORANG

3A - 9 ORANG

2A - 3 ORANG

1A - 1 ORANG


ANALISIS SPM SEK MEN imtiaz YAYASAN TERENGGANU 2007-2009

GRED PURATA SEKOLAH



IMTIAZ 2007 2008 2009

DUNGUN 2.940 2.780 2.569

K.BERANG 4.120 3.650 2.800

K.TRG 3.300 3.030 2.188


*SM Imtiaz Besut tiada pelajar di peringkat SPM. Hanya untuk peringkat Menengah Rendah sahaja.

Pada 22 hingga 24 November baru-baru ini, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang telah dilanda banjir. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa banjir.





Keluarga HIM