Skop Tugas Ahli Jawatankuasa HIM


JAWATANKUASA HIMPUNAN INTELEKTUAL IMTIAZ (HIM) KUALA BERANG SESI 2011/2012


MAJLIS TERTINGGI HIM

(a) Membuat keputusan dalam perkara-perkara yang perlu disegerakan.
(b) Memaklumkan sebarang tindakan dan keputusan kepada exco berhubung dengan perkara yang diputuskan.
(c) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

PRESIDEN

a) Mengemudi perjalanan persatuan dan memastikan setiap aktiviti persatuan mengikut prinsip, misi dan visi persatuan (berlandaskan syarak).
b) Berhak melaksanakan apa-apa tindakan untuk memenuhi tujuan dan objektif-objektif Persatuan.
c) Menetapkan dan mpengerusikan semua mesyuarat AJK.
d) Menerima dan mengesahkan setiap minit mesyuarat persatuan.
e) Bertanggungjawab menjaga hak-hak ahli.
f) Penyelia/pemantau perjalanan Lajnah Penerbitan dan Multimedia.


TIMBALAN PRESIDEN

a) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa semasa ketiadaan presiden.
b) Membantu dan bekerjasama dengan presiden dalam mengemudi perjalanan persatuan.
c) Mengisi kekosongan jawatan presiden sekiranya presiden sudah tiada (meninggal dunia atau meletak jawatan dengan sebab-sebab tertentu) sehingga pemilihan presiden dalam AGM yang seterusnya.
d) Penyelia/pemantau perjalanan Lajnah Pembangunan Insan (Luaran & Dalaman).


SETIAUSAHA AGONG & TIMBALAN SETIAUSAHA

a) Bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskinikan data-data peribadi ahli-ahli persatuan.
b) Diberi kuasa oleh Presiden untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak HIM.
c) Menyimpan rekod Lajnah-lajnah dan maklumat persatuan.
d) Bertanggungjawab memanggil semua mesyuarat dan menyiapkan minit-minitnya.
Penyelia/pemantau perjalanan Lajnah Perhubungan & Kebajikan.


BENDAHARI KEHORMAT

a)Menjaga, merekod dan menguruskan hal ehwal kewangan persatuan semasa dalam aktiviti ataupun bukan dalam aktiviti.
b) Menjaga kemasukan dan pengeluaran dana dari akaun persatuan.
c) Penyelia/pemantau perjalanan Lajnah Ekonomi.


JAWATANKUASA-JAWATANKUASA HIM


LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

a) Memastikan ahli-ahli HIM mendapat info mengenai kewujudan HIM dan perkembangan aktiviti-aktiviti HIM.
b) Menjaga dan mengelolakan laman web persatuan / Blog HIM.
c) Bertanggungjawab menerbitkan risalah / buletin untuk persatuan.
d) Menyediakan slide/presentation sekiranya diperlukan oleh persatuan.


LAJNAH PEMBANGUNAN INSAN (LUARAN)

a) Mengadakan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti kerohanian, dakwah dan tarbiyyah dalam persatuan.
b) Menjaga hal ehwal agama dan menyemak setiap program persatuan supaya tidak melampaui batas-batas syarak.
c) Bertanggungjawab menyediakan risalah berbentuk dakwah dan kerohanian dengan kerjasama Lajnah Penerbitan dan Multimedia dalam setiap program persatuan.
d) Mengurus dan mengendalikan program yang melibatkan ahli HIM atau masyarakat luar.


LAJNAH PEMBANGUNAN INSAN (DALAMAN)

a) Mengambil cakna tentang hal ehwal akademik pelajar SMIKB.
b) Bertanggungjawab mengadakan program-program yang boleh meningkatkan sahsiah Islamiah dan prestasi kecemerlangan akademik pelajar imtiaz.
c) Mengurus dan mengendalikan program tahunan HIM – Kem Menuju Puncak.
d) Mengadakan kerjasama dengan Kaunselor/Badan Kaunseling di sekolah atau badan-badan luar yang berkaitan dengan akademik, kaunseling dan kerjaya.


LAJNAH PERHUBUNGAN & KEBAJIKAN

a) Mengambil cakna kebajikan ahli-ahli persatuan dan masalah yang berlaku di sekolah.
b) Bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli.
c) Mewujudkan tabung kebajikan dan melancarkan derma kebajikan mengikut keperluan.
d) Membantu setiausaha Agung HIM menjejak bekas-bekas pelajar KIST/imtiaz Kuala Berang yang masih belum mendaftar sebagai ahli.
e) Bertanggungjawab menjaga perhubungan di antara persatuan dengan ahli-ahli, pihak sekolah dan Yayasan Terengganu.
f) Memastikan hubungan baik berjalan antara HIM dan alumni-alumni imtiaz yang lain.


LAJNAH EKONOMI DAN TUGAS-TUGAS KHAS

a) Bertanggungjawab merancang, melaksana, menjana serta mengukuhkan ekonomi HIM.
b) Bertanggungjawab menyimpan dan menjaga aset-aset persatuan.
c) Mengadakan dan menyelia sistem rekod untuk pinjaman dan penggunaan aset.
d) Menjaga bahagian peralatan dan perkara-perkara teknikal dalam program persatuan.


WAKIL-WAKIL BATCH

Wakil-wakil batch yang dilantik akan diserapkan sebagai sub-committee atau unit AJK di bawah Lajnah Perhubungan dan Kebajikan HIM untuk membantu melancarkan kerja Lajnah tersebut.

Leave a Reply

Keluarga HIM