Pengenalan


1.0 PENGENALAN

Himpunan Intelektual IMTIAZ Kuala Berang (HIM) ialah sebuah persatuan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (dahulu dikenali sebagai Kolej Islam Sains Terengganu). Persatuan ini ditubuhkan semasa Majlis Reunion Kali Pertama bekas pelajar-pelajar KIST generasi SPM 2004 di Midtown Hotel, Kuala Terengganu.

2.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN

Menyatukan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar-pelajar SMIKB.

Menjaga hal ehwal bekas pelajar-pelajar SMIKB. Persatuan ini amat menitikberatkan akhlak ahli-ahlinya selaku bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

Membantu pelajar-pelajar SMIKB dan pihak sekolah terutama dalam kepimpinan pelajar, kerohanian, kecemerlangan akademik dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Melahirkan Muslim yang serba boleh dan mempunyai kefahaman Islam yang jelas.

3.0 VISI

Melahirkan individu-individu yang berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya, memahami dan taat kepada ajaran Islam serta berkhidmat kepada masyarakat

4.0 MISI

Mempelbagaikan aktiviti kerohanian
Menjalankan program-program akademik dan motivasi
Menjaga kebajikan ahli

5.0 KEAHLIAN

Terbuka kepada semua bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (atau Kolej Islam Sains Terengganu).

6.0 PRINSIP PERSATUAN

Bagi memastikan perjuangan persatuan sentiasa terarah, maka terbentuklah enam dasar yang menjadi panduan bagi setiap ahli persatuan dan pimpinannya iaitu:

Menyusun program-program bagi membantu pelajar-pelajar SMIKB dan pihak sekolah terutama dalam kepimpinan pelajar, kecemerlangan akademik, kerohanian, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Persatuan ini bertanggungjawab dalam membina dan membentuk keperibadian soleh pintar di kalangan pelajar dan bekas pelajar-prlajar SMIKB.

Membantu bekas pelajar-pelajar SMIKB dalam menempuhi alam universiti.

Mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

7.0 MOTTO PERSATUAN

“Jalinan Ukhuwwah Berteraskan Aqidah”

Leave a Reply

Keluarga HIM