Perutusan Presiden Sempena Pembukaan Blog HIM

Assalamu’alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah rahmat dan inayahNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat baginda, para mujahid, para ulama’ dan seluruh ummat Islam yang berjuang demi menegakkan agama Allah sejak dari zaman Nabi Adam sehingga ke Hari Akhirat.

Berkat doa daripada sahabat-sahabat, akhirnya HIM berjaya melancarkan blog ini sebagai satu lagi medium perhubungan di antara ahli dan juga perhubungan luar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama memberikan sokongan dan dorongan dari sudut material mahupun spiritual.

Kemajuan ICT pada masa kini amat menuntut kita memanfaatkannya sebaik mungkin. Sebagai sebuah persatuan, HIM tidak terkecuali untuk menguasai bidang ICT bagi meningkatkan prestasinya. Internet dan blog merupakan medium yang paling pesat membangun dan besar pengaruhnya dalam kehidupan masa kini. Adalah menjadi kerugian bagi HIM jika tidak melebarkan sayap perhubungannya dalam dunia laman web dan blog.

Amatlah besar harapan saya agar blog ini akan membantu usaha memobilasi dan menambahkan bilangan ahli di samping menambahkan ilmu pengetahuan dengan pengisian-pengisian ilmiah yang menghiasi blog ini. Moga blog ini memberi manfaat kepada kita bersama dalam menyedarkan masyarakat tentang kebaikan yang boleh kita peroleh melalui internet di samping menjauhi gejala-gejala negatif dalam dunia siber.

Saya juga berharap agar kehadiran blog ini akan memantapkan lagi perhubungan sesama ahli dan juga publisiti HIM di mata masyarakat. Semoga segala usaha kita ini diberkati Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan di Akhirat kelak.

Kepada adik-adik lepasan SPM SM Imtiaz 2007, selamat menempuh alam kampus. Teruskan pembelajaran anda untuk menggapai kejayaan dalam akademik, dan tidak lupa dalam pembentukan sahsiah diri remaja Muslim yang unggul. Kami di pihak HIM menghulurkan tangan menerima adik-adik sebagai ahli baru HIM. Sila daftar sebagai ahli Yahoo Group HIM dan jangan lupa ta’aruf (kenalkan diri anda) terlebih dahulu kepada kami semua.

Sekian, terima kasih.

Wassalam


MOHD IZZU’DDIN BIN ISMAIL
Presiden,
Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM)

Leave a Reply

Keluarga HIM