Kem Menuju Puncak 2008 Dalam Majalah I


Kem Menuju Puncak 2008 di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang yang dianjurkan oleh Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM) telah tersiar di dalam Majalah I keluaran Ogos 2008 di ruangan Peristiwa pada halaman 9.


Terima kasih diucapkan kepada Ukhti Shikin dan Akhi Shahril kerana telah berusaha meningkatkan publisiti HIM di mata masyarakat dengan menghubungi pihak majalah berkenaan. Ini adalah satu perkembangan yang baik walaupun usia HIM baru sahaja 3 tahun.


Merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam Majalah I, terdapat sedikit kesilapan seperti berikut:


Bil

Dalam Majalah

Pembetulan

1

Tajuk: Pelajar UIAM Menabur Bakti di SM Imtiaz Kuala Berang

Mahasiswa Menabur Bakti di SM Imtiaz Kuala Berang

2

Himpunan Anak Didik Imtiaz (HADAF)

Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM)

3

SMA Imtiaz Kuala Berang (KIST)

SM Imtiaz Kuala Berang (dahulu dikenali sebagai Kolej Islam Sains Terengganu, KIST)

4

23 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

23 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa/i dari pelbagai IPTA dan IPTS. (4 orang fasilitator dari UIAM)



Al-Faqir ilallah,


MOHD IZZU’DDIN BIN ISMAIL

Presiden,

Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM)

Leave a Reply

Keluarga HIM