Perutusan Presiden HIM Sempena Kem Menuju Puncak II
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hendaklah kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya, Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM) dapat merealisasikan pelaksanaan program Kem Menuju Puncak buat kali yang kedua.
Program tahunan ini diharap dapat membantu masyarakat khususnya pihak sekolah dalam mendidik tunas-tunas Islam yang sedang tumbuh subur di taman ilmu SMIKB.
Khusus buat teman-teman seperjuangan HIM,
Diharap dengan penganjuran program ini dapat mengukuhkan jalinan ukhuwwah di kalangan anggota HIM. Saya percaya, HIM merupakan satu wasilah yang sesuai untuk proses pembelajaran bagi belia seperti kita yang baru bertatih untuk menyumbang bakti dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. InsyaAllah, semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan sepanjang program ini diterima oleh Allah S.W.T. sebagai amal soleh.
Buat adik-adik SMIKB, diharap program ini dapat memberikan nilai tambah dalam diri kalian sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Teruskan kecemerlangan SMIKB dalam PMR dan SPM. Kalian merupakan permata-permata yang sangat berharga di masa akan datang.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada warga pendidik dan pihak sekolah umumnya yang memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program ini. InsyaAllah, HIM akan meningkatkan lagi kerjasama yang dibina dari semasa ke semasa.
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ahli jawatankuasa dan sukarelawan sebagai fasilitator program ini. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Moga terus istiqamah bersama HIM dalam membimbing adik-adik kita di sekolah. InsyaAllah.
Akhir kalam, saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat bersama dalam program ini kerana sedang menjalani latihan praktik di Sarawak. Semoga dapat bertemu di lain masa.
Sekian, wassalam.
MOHD IZZU’DDIN ISMAIL
Presiden HIM