Alhamdulillah, syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi, keputusan PMR 2009 yang diumumkan pada hari ini memahat sejarah yang amat bermakna bagi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan peringkat negeri Terengganu dengan 37 orang calon mendapat 9A. Tempat pertama disandang oleh SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dengan 33 orang calon berjaya mendapat 9A dan tempat kedua, Sekolah Menengah Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu. SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu (Serada) mendapat tempat kelima dengan 46 orang calon mendapat 9A dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun mendapat tempat ketujuh dengan 48 orang calon mendapat 9A. Manakala di peringkat nasional, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut turut mendapat tempat pertama, diikuti SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang di tempat ke-2 bagi kategori sekolah agama.

Setinggi-tinggi tahniah buat semua calon PMR 2009 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak lupa juga kepada para pendidik dan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus membimbing, membantu dan mendidik para pelajar bagi melahirkan generasi soleh pintar ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan alumni, Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM) yang turut bersama mencurah bakti dan membimbing adik-adik melalui kem motivasi yang dianjurkan.

Insya-Allah, semoga kejayaan ini diberkati Allah. Bersamalah kita mengekalkan prestasi cemerlang ini.

Sekian, wassalam.


MOHD IZZU’DDIN ISMAIL
Presiden,
Himpunan Intelektual Imtiaz Kuala Berang (HIM)

Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambil SPM tahun ini?

ANDA ada junior-junior di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan-kawan ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan-kawannya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga, blur, kelabu pekat, silau tentang masa depan, ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS, ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry, pasti ANDA tidak akan rugi, dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang-peluang untuk mendapat tempat di Universiti-universiti terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur-prosedur untuk MEMOHON? dan apa tipsnya?

DARI MANAKAH tajaan-tajaan serta biasiswa-biasiswa yang boleh dipohon? Apa lubang-lubang yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan-jurusan yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI.. .

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti-nantikan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas, segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!


"Kem Lepasan SPM 2009"

Dengan izinNya,satu- satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

klik gambar utk paparan jelas

akan menggegarkan ANDA pada :
25 - 27 DISEMBER 2009

bertempat di :
Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)



Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698


Tarikh : 24 Disember 2009
Tempat : Dewan Perpaduan dan Integrasi Nasional Besut, Kampung Raja
Masa : 8 pg - 5 petang

Peserta : 9 - 17 tahun (100 orang)
Anjuran : Alumni Imtiaz (ALiM)

Pada 22 hingga 24 November baru-baru ini, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang telah dilanda banjir. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa banjir.





Keluarga HIM