Laporan perancangan KMP3


Assalamualaikum wm wbt...


Sekadar memaklumkan kepada Majlis Tertinggi dan semua ahli HIM tentang perjalanan perancangan Kem Menuju Puncak 3 (KMP3). Minta maaf atas sedikit kelewatan disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, pada hari rabu lepas, satu pertemuan telah dibuat bersama Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Yusoff dan Penolong Kanan HEM, Ustazah Hjh. Che Maniah untuk membincangkan tentang KMP3 terutamanya berhubung tarikh, tempat dan tentatif program. Tuan Pengetua kita telah bersetuju dengan perancangan ini.

Tarikh telah diputuskan berdasarkan tarikh cuti kebanyakan universiti tempatan dan jadual kosong sekolah iaitu pada 10-12 Jun 2010 (Khamis-Sabtu).
Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz K.Berang
Tentatif : Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukan oleh pengetua. InsyaAllah akan dibincangkan dalam pertemuan sesama Majlis Tertinggi KMP3 nanti.

Selain itu, tema kepimpinan pada tahun ini juga dipersetujui dan disokong oleh beliau. Sehubungan dengan itu, MT KMP 3 ingin memohon kerjasama para ahli HIM yang mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut untuk turut sama menyumbang bakti sebagai fasilitator kepada sekolah kita yang tercinta dan ikhlas membimbing adik-adik kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sesiapa yang berminat untuk turut menyumbang khidmat dan tenaga, anda boleh email nama penuh, no.hp ke alumni_kist@yahoogroups.com atau rasyaqiera22@yahoo.com

Semoga segala kerjasama dan sumbangan yang kalian berikan dalam program kali ini akan dipandang oleh Allah di akhirat kelak.InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih.

Leave a Reply

Keluarga HIM