mencari fasilitator KMP 3

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua,

Sedikit perkembangan tentang Kem Menuju Puncak 3 (KMP 3). Selepas diadakan beberapa kali perbincangan dengan pengetua dan Pk HEM, pihak MT terpaksa menukar tarikh KMP 3 daripada 10-12 jun kepada 17-19 jun (Insha Allah) kerana berlaku pertukaran tarikh cuti sekolah.

Ucapan terima kasih kepada ahli alumni yang sudi menjadi fasilitator dan pihak kami amat berharap agar masih ada ahli-ahli alumni lain yang berpengalaman dan berminat untuk mendaftarkan diri sebagai fasilitator KMP 3 supaya kem ini dapat berjalan dengan lancar. inshaAllah.

Untuk pendaftaran sebagai fasilitator, anda boleh menghubungi saudari zarin (019 634 2099) selewat-lewatnya 27 MEI 2010.

Sebagai makluman tambahan, kem pada tahun ini bertemakan kepimpinan. Dan InshaAllah, para peserta terdiri daripada para pengawas, pustakawan, ketua kelas, ketua dorm, dan ketua tingkatan.

Keprihatinan anda untuk membantu adik-adik nanti amat kami hargai.

Terima Kasih.



Siti Radhiah Syahida Mohd Hamdan
Wakil MT

Leave a Reply

Keluarga HIM