Program bersama pelajar SPM 2010


Assalamualaikum Wr. Wbt.

Perhatian kepada semua AJK HIM,setelah dibawa berbincang dan dipersetujui, satu program akan diadakan dalam masa yang terdekat. Program dengan kerjasama Imtiaz KB ini adalah seperti berikut;

Program perjumpaan alumni dengan pelajar imtiaz KB yg bakal menghadapi SPM. Pelajar-pelajar ini merupakan bekas peserta KMP I dan III.

Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi semangat, rangsangan, dorongan dan kesedaran kepada pelajar untuk menghadapi SPM. Aktiviti ini difokuskan kepada pelajar SPM sahaja, dan semua bekas2 fasilitator/AJK KMP I&III sangat2 diharapkan untuk menyertainya. Ini kerana pelajar2 ini sudah mengenali anda semua dan saya harap ianya akan berjalan dengan lebih berkesan. Tetapi, pelajar2 lain juga sangat2 dijemput untuk turut serta.

Program ini akan diadakan selama sehari saja (weekend) dan aktiviti yg akan dijalankan hanyalah talk/perkongsian pengalaman antara fasi2 dengan pelajar. Diharap dengan perkongsian ini pelajar2 akan kembali bsemangat untuk menghadapi peperiksaan. Namun ianya bergantung kepada pengarah program untuk merencanakan aktiviti secara lebih mendalam.

HIM telah melantik saudara Jamarullah (AJK Lajnah Pembangunan Insan Dalaman HIM) sebagai pengarah program. Segala maklumat lanjut tentang program ini akan dimaklumkan kemudian, insya’allah.

Saya harap semua AJK dan ahli-ahli HIM akan turut serta untuk membantu sekaligus menjayakan program ini. bagi sesiapa yang mempunyai idea yang ingin dikongsi untuk melancarkan perjalanan program boleh 'post'kan ke yahoo group HIM.


Sekian, wassalam.

Presiden,
Himpunan Intelektual Imtiaz (HIM)

Leave a Reply

Keluarga HIM