Perjumpaan J/Kuasa Pelaksana HIM


Alhamdulillah, pada 2/2/2011 yang lalu, satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa HIM telah dibuat di rumah salah seorang AJK HIM. Beberapa orang AJK tidak dapat menghadirkan diri disebabkan oleh beberapa kekangan. Walaubagaimanapun, alhamdulillah perjumpaan tersebut tetap berjalan dengan lancar.

Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan semasa perjumpaan tersebut. Antaranya, maklumat terkini ahli alumni yang berdaftar, program-program yang akan dibuat, penjanaan ekonomi dan beberapa hal lagi yang berkaitan dengan organisasi alumni HIM itu sendiri.

Selepas perbincangan, InshaAllah pihak Majlis Tertinggi dan AJK pelaksana telah memutuskan untuk menganjurkan beberapa program yang akan dijalankan kepada adik-adik di Sekolah Menengah Imtiaz K.B dan juga untuk ahli-ahli alumni itu sendiri sepanjang tahun 2011 ini. InshaAllah, maklumat lanjut tentang program akan dimaklumkan kemudian.

Kepada semua ahli alumni HIM, teruskan menyokong alumni dan marilah sama-sama kita menyumbang idea dan tenaga bagi merealisasikan perancangan ini serta bagi memastikan kejayaan duniawi dan ukhrawi akan terus menjadi milik kita semua, inshaAllah.

Sekian.

Leave a Reply

Keluarga HIM