Melangkah untuk mendapatkan keputusan SPM 2010



Tarikh keputusan SPM akan diumumkan beberapa hari lagi. Kami dari pihak alumni yakin adik-adik pasti sedang berdebar menantikan keputusan yang bakal mencorak masa depan adik-adik semua.

Kepada adik-adik yang bakal menerima keputusan SPM, pihak alumni mengucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya melepasi alam sekolah dengan baik dan berjaya menguruskan masa cuti dengan penuh efektif.

Sementara masih ada masa yang berbaki ini, disarankan kepada adik-adik supaya lebih banyakkan berdoa, solat sunat taubat, dan solat sunat hajat. Segala keputusan dari Allah, maka hanya kepada-Nya yang selayaknya kita meminta. Adik-adik juga diharapkan agar dapat menghabiskan masa cuti dengan banyakkan menolong ibu bapa. Sesungguhnya, antara penentu kejayaan kita di dunia dan akhirat juga ialah dengan keredhaan dari ibu bapa kita sendiri.

Akhirnya, selamat melangkah dengan tenang ke sekolah. Jangan lupa untuk berpakaian dengan kemas supaya melambangkan imej kita sebagai huffaz dan pelajar imtiaz. Kepada yang kurang berjaya mencapai target, jangan kecewa. Setiap ketentuan dari Allah pasti ada hikmahnya. Selepas mendapat keputusan, jangan lupa untuk merujuk kepada para senior untuk mengetahui kursus yang manakah yang terbaik dengan keputusan anda.

Bittawfeeq wannajah fiddin waddunya wal akhirah :)


Leave a Reply

Keluarga HIM