Jaulah wakil HIM

Pada 26 disember 2011 yang lalu, beberapa orang wakil Alumni Himpunan Intelektual Imtiaz (HIM) telah mengadakan jaulah ke tiga buah rumah ahli alumni bagi meraikan perkahwinan dan ziarah sakit.

Jaulah tersebut telah disertai oleh presiden HIM, saudara Asnawi dan AJK lain iaitu saudara Huzaifi, saudari Shahida, saudari Najihan, saudari Zu'aini dan saudari Syukruna. Turut sama hadir ialah mantan presiden HIM iaitu saudara Izuddin.

Pihak alumni HIM mengucapkan tahniah kepada Puan Ismawati (SPM 2004) dan pasangannya Encik Herman serta Encik Shahril (SPM 2004) dan pasangannya Puan Nurhazirah. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah & rahmah dalam melayari bahtera rumahtangga dan kekal bercinta hingga ke syurga.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Isma & Herman

Shahril & Hazirah


Jaulah tersebut diteruskan dengan ziarah ke rumah salah seorang ahli HIM iaitu saudara firdaus yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Pihak alumni mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

اللهم عافه واعفو عنه

Leave a Reply

Keluarga HIM