Projek Tautan Ukhuwwah HIM


Assalaamualaikum wm wbt

Kepada semua ahli HIM, dengan ini dimaklumkan bahawa pihak HIM di bawah pengurusan biro Media telah merancang untuk mengadakan satu projek mini yang dinamakan 'Tautan Ukhuwwah HIM'.

Antara objektif projek ini diadakan ialah untuk mengenalpasti status terkini bekas pelajar Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)/Sek Men Imtiaz K. Berang disamping merapatkan ukhuwwah sesama ahli HIM di alam maya khususnya. Disamping itu, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pihak pengurusan Sek. Men. Imtiaz KB.

Mekanisme yang akan dilakukan ialah seperti berikut:

1. Semua ahli HIM perlu menghantar beberapa maklumat diri iaitu:

a) Nama Penuh (contoh : Muhammad b. Ali)
b) Tingkatan serta Tahun Masuk dan Keluar dari KIST/Imtiaz KB (contoh: Masuk- Tingkatan 1, tahun 2002. Keluar Tingkatan 5, tahun 2006)
c) Alamat e-mail terkini
d) Nama facebook (jika ada)
e) Tempat belajar beserta tahun pengajian/bekerja
f) Status (berkahwin atau bujang)

Hantar melalui email ke him.quber@gmail.com dan c.c email tersebut kepada radhiah.syahida@gmail.com

2. Semua maklumat ini akan dimasukkan dalam blog HIM di bawah nama projek Tautan Ukhuwwah HIM

3. Setiap nama akan disusun mengikut batch untuk memudahkan proses mengenalpasti kenalan masing-masing.

4. Maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, inshaAllah.



Semoga projek mini ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dipermudahkan oleh Allah. Pihak HIM berharap agak projek mini ini dapat disebarkan semaksima mungkin kepada semua ahli HIM.

Selamat mengimbaui memoir-memoir lama di tanah bertuah tempat menimba ilmu dan pengalaman. Juga bumi yang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih matang menghadapi kehidupan~

Leave a Reply

Keluarga HIM